RSS

Tuesday, April 6, 2010

MATA SIAPAKAH INI???


www.NarTube.com

Thursday, April 1, 2010

BiSiK-bIsIk


Daripada Abdullah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
" kalau kamu tiga orang, janganlah yang dua orang berbisik-bisik tanpa yang ketiga, selain kalau berada di tengah orang yang banyak, kerana hal itu akan menyedihkan perasaan orang yang ketiga."

Thursday, March 25, 2010

JaNgAn BeRsEdIh SaYaNg..LaTaHzAn

RaHsIa Di SeBaLiK SeNyUmAn



Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu
menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Wednesday, March 24, 2010

CINTA yang KO?


Cinta diibaratkan kuasa sakti. Ia boleh mengubah seseorang menjadi seorang yang lain tanpa ia sedari. Perubahan itu boleh jadi baik atau sebaliknya.

Justeru cinta ada dua sisi – saling bertentangan. Satu cinta hina. Satu lagi cinta mulia.
Entri kali ini ingin menyentuh tentang cinta yang hina. Saya mudahkan dengan mengungkapkan kalimah ini dalam bentuk akronim C.I.N.T.A. Setiap huruf dalam akronim ini adalah petunjuk atau ciri kepada seseorang yang dilanda cinta hina.


Pertama, cinta hina mendorong kita menyukai, mengidam, berhajat hanya kepada pasangan yang ‘cun’ sahaja. Kecunan ini pada paras wajah dan ‘body’. Namun konsepnya lebih luas dari itu. Ia juga dikaitkan dengan kecenderungan kepada kebendaan seperti status, pangkat, darjat selain duit.

Kedua, pasangan yang bercinta ini akan selalu kelihatan ‘intim’. Masing-masing kalau boleh tak mahu berenggang. Ke satu tahap ke mana pergi berdua, macam belangkas. Jika berjauhan, sms, telefon, email dan apa saja cara komunikasi akan mendekatkan mereka. Tiada apa yang boleh ‘menjarakkan’ mereka.

Ketiga, cinta ini sarat ‘nafsu’. Satu masa – ketika itu masing-masing berada dalam situasi yang menguji iman – jika tidak ada baki iman, cinta hina ini membawa kepada maksiat. Cinta ini menoda iman!

Ingat pesan ini :
Hubungan tahap satu – mula-mula berkongsi fikiran. Masa ni lampu hijau lagi. Selamat. Ini hubungan kerana keperluan akademik atau profesional.


Hubungan tahap dua – kemudian berkongsi perasaan kerana dah ada bibit-bibit suka. Mana tidaknya. Hari-hari jumpa. Dari mata kan boleh turun ke hati.

Jap lagi ia menjelma menjadi perasaan cinta. Ia halus. Sebab tu kita tak perasaan bila ia hadir. Jika anda sedar anda dah sampai tahap ini, maka cepat-cepatlah tekan brek. Lampu dah menyala kuning berkelip-kelip tu!

Hubungan tahap tiga – akhirnya berkongsi tubuh badan. Masa ni lampu dah merah! Tak boleh berpatah balik. Dah terlewat. Nasi akan jadi bubur. Kalau di jalan raya satu kesalahan trafik telah dilakukan. Kena saman.

Tapi jika terlepas, ia akan menjadi ‘motivasi’ untuk buat lagi bila ada peluang. – bila ‘line clear‘! Sebab itu jika tidak insaf dan bertaubat, ia akan jadi sebahagian cara hidup kerana masing-masing dah syok. Maka mulalah ada agenda (sulit) wajib hujung minggu atau bulanan. Maknanya dah ketagihan!

Keempat, cinta hina penuh ‘tipu’ daya. Baik lelaki atau perempuan, cinta ini bila terjangkit jika tidak selalu pun, kadang-kadang ia terpaksa menipu asalkan kehendak peribadi tercapai. Yang kena tipu ialah emak bapa, kawan, pensyarah, bahkan pasangannya juga.
Apa tidaknya, cinta hina ini tidak lain motifnya iaitu merasai keseronokan dalam hubungan yang terjalin. Maka madah cinta, kasih dan sayang akan selalu terungkap untuk meyakin, memujuk dan akhirnya menunduk!





Biasakan terjadi ‘habis madu sepah dibuang’.


Dan yang kelima, cinta hina membuat kita jadi ‘angau’. Orang tua-tua kita dah berpesan, bila kena penangan cinta hina jadilah ‘mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur pun tak lena’. Kita boleh khayal dek cinta hina.

Bila tidak disapa teman yang istimewa itu hati jadi resah, perasaan jadi gelabah takut ditinggalkan dan 1001 rasa lagi diundang.

Kerana petunjuk atau ciri-ciri ini, maka cinta hina akan memati jiwa, dan membunuh hati nurani yang baik dalam diri kita. Itulah sebabnya terjadi :


‘nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan’.

Tidakkah cinta hina itu boleh membutakan. Inilah cinta yang KO!

P/S: Bercintalah kerana ALLAH, jagalah batasanny, kerana sesungguhnya cinta itu suci jika keranaNYA....

PeRmAtA InSan LaHiR gEnErAsI Al-QuRan


Sebuah lagi program kesinambungan Permata Pintar diperkenalkan iaitu Permata Insan yang bertujuan mengenal pasti kanak-kanak pintar seawal usia lapan tahun, yang mempunyai kecenderungan tinggi dalam bidang pengajian Islam terutama al-Quran.

Kecenderungan itu kemudiannya akan dikembangkan ke tahap lebih tinggi dengan mengintegrasikan ilmu akademik dengan ilmu Islam secara sistematik, terancang dan mengikut metodologi betul.

Pemilihan kanak-kanak bagi mengikuti Permata Insan dibuat menerusi proses saringan Ujian Kecerdasan (UKM 1) yang berlangsung sepanjang Mac hingga Mei. Selepas melepasi tahap kecerdasan UKM 1, mereka akan disaring menerusi Ujian Usim 1 bagi melihat kecenderungan dalam pengajian agama di samping melihat sahsiah peribadi.

eRtI pErSaHaBaTaN

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....
 
Copyright MyQaLaM.... 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .