Wednesday, March 24, 2010

CINTA yang KO?


Cinta diibaratkan kuasa sakti. Ia boleh mengubah seseorang menjadi seorang yang lain tanpa ia sedari. Perubahan itu boleh jadi baik atau sebaliknya.

Justeru cinta ada dua sisi – saling bertentangan. Satu cinta hina. Satu lagi cinta mulia.
Entri kali ini ingin menyentuh tentang cinta yang hina. Saya mudahkan dengan mengungkapkan kalimah ini dalam bentuk akronim C.I.N.T.A. Setiap huruf dalam akronim ini adalah petunjuk atau ciri kepada seseorang yang dilanda cinta hina.


Pertama, cinta hina mendorong kita menyukai, mengidam, berhajat hanya kepada pasangan yang ‘cun’ sahaja. Kecunan ini pada paras wajah dan ‘body’. Namun konsepnya lebih luas dari itu. Ia juga dikaitkan dengan kecenderungan kepada kebendaan seperti status, pangkat, darjat selain duit.

Kedua, pasangan yang bercinta ini akan selalu kelihatan ‘intim’. Masing-masing kalau boleh tak mahu berenggang. Ke satu tahap ke mana pergi berdua, macam belangkas. Jika berjauhan, sms, telefon, email dan apa saja cara komunikasi akan mendekatkan mereka. Tiada apa yang boleh ‘menjarakkan’ mereka.

Ketiga, cinta ini sarat ‘nafsu’. Satu masa – ketika itu masing-masing berada dalam situasi yang menguji iman – jika tidak ada baki iman, cinta hina ini membawa kepada maksiat. Cinta ini menoda iman!

Ingat pesan ini :
Hubungan tahap satu – mula-mula berkongsi fikiran. Masa ni lampu hijau lagi. Selamat. Ini hubungan kerana keperluan akademik atau profesional.


Hubungan tahap dua – kemudian berkongsi perasaan kerana dah ada bibit-bibit suka. Mana tidaknya. Hari-hari jumpa. Dari mata kan boleh turun ke hati.

Jap lagi ia menjelma menjadi perasaan cinta. Ia halus. Sebab tu kita tak perasaan bila ia hadir. Jika anda sedar anda dah sampai tahap ini, maka cepat-cepatlah tekan brek. Lampu dah menyala kuning berkelip-kelip tu!

Hubungan tahap tiga – akhirnya berkongsi tubuh badan. Masa ni lampu dah merah! Tak boleh berpatah balik. Dah terlewat. Nasi akan jadi bubur. Kalau di jalan raya satu kesalahan trafik telah dilakukan. Kena saman.

Tapi jika terlepas, ia akan menjadi ‘motivasi’ untuk buat lagi bila ada peluang. – bila ‘line clear‘! Sebab itu jika tidak insaf dan bertaubat, ia akan jadi sebahagian cara hidup kerana masing-masing dah syok. Maka mulalah ada agenda (sulit) wajib hujung minggu atau bulanan. Maknanya dah ketagihan!

Keempat, cinta hina penuh ‘tipu’ daya. Baik lelaki atau perempuan, cinta ini bila terjangkit jika tidak selalu pun, kadang-kadang ia terpaksa menipu asalkan kehendak peribadi tercapai. Yang kena tipu ialah emak bapa, kawan, pensyarah, bahkan pasangannya juga.
Apa tidaknya, cinta hina ini tidak lain motifnya iaitu merasai keseronokan dalam hubungan yang terjalin. Maka madah cinta, kasih dan sayang akan selalu terungkap untuk meyakin, memujuk dan akhirnya menunduk!





Biasakan terjadi ‘habis madu sepah dibuang’.


Dan yang kelima, cinta hina membuat kita jadi ‘angau’. Orang tua-tua kita dah berpesan, bila kena penangan cinta hina jadilah ‘mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur pun tak lena’. Kita boleh khayal dek cinta hina.

Bila tidak disapa teman yang istimewa itu hati jadi resah, perasaan jadi gelabah takut ditinggalkan dan 1001 rasa lagi diundang.

Kerana petunjuk atau ciri-ciri ini, maka cinta hina akan memati jiwa, dan membunuh hati nurani yang baik dalam diri kita. Itulah sebabnya terjadi :


‘nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan’.

Tidakkah cinta hina itu boleh membutakan. Inilah cinta yang KO!

P/S: Bercintalah kerana ALLAH, jagalah batasanny, kerana sesungguhnya cinta itu suci jika keranaNYA....

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright MyQaLaM.... 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .