"Setapak dlm perjuangan beerti selamanya dlm kepahitan,kemanisannya terasa bila takbir dilaungkan, roh jihad mula bertebaran,mendakap ukhwah dr kejauhan,jannah bertapak di hati insan..hidup&mati dlm iringan iman"
Sabda Nabi SAW :
Daripada Abu Darda' RA, beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah mempermudahkan baginya satu jalan ke syurga. Sesungguhnya malaikat-malaikat melabuhkan sayap-sayapnya kepada penuntut ilmu yang redha dengan apa yang mereka lakukan. Sesungguhnya apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi sehinggakan ikan di air beristighfar kepada orang alim. Kelebihan orang alim berbanding orang abid adalah seperti kelebihan bulan berbanding seluruh bintang. Sesungguhnya ulama' adalah pewaris anbiya' dan para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak pula dirham akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa mengambilnya sesungguhnya dia mengambil keuntungan yang banyak. (Hadis Riwayat Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)
"يرفع الله الذي ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت"
Firman Allah SWT : "Allah mengangkat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat". (Surah Al-Mujadalah : 11)
0 comments:
Post a Comment